Penggunaan Pusat Internet sebagai Tempat Mengulangkaji Pelajaran
30 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPara pelajar di sekitar Pusat Internet PPR Kg Muhibbah ramai yang telah memilih Pusat Internet sebagai tempat untuk menyiapkan tugasan sekolah mereka. Sama ada secara berkumpulan ataupun bersendirian, mereka juga memerlukan penggunaan komputer dan internet untuk mencari bahan rujukan yang diperlukan berpandukan arahan yang diberikan guru masing-masing.
Pelajar memilih untuk meluangkan masa belajar dan mengulangkaji pelajaran di Pusat Internet adalah kerana kemudahan meja dan kerusi yang banyak serta suasana belajar yang selesa dan tenang. Staff Pusat Internet juga sering membantu pelajar untuk mencari bahan rujukan yang diperlukan disamping mengajar serba sedikit tentang penggunaan internet dan komputer untuk menambah ilmu ICT mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: